Laman web sedang dibina sesuai dengan kedudukan Jawatankuasa Kariah Masjid ini yang baru sahaja ditubuhkan pada 1 Jun 2024.
Seksyen 62(2) dan (3), Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004 telah memperuntukkan Majlis Ugama Islam Sabah - yang diwakilkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) - kuasa untuk melantik Pegawai Masjid di sesebuah kawasan kariah masjid, iaitu Imam, Bilal dan Pembantu Bilal. JHEAINS, dalam hal ini, telah melantik lima orang ahli kariah sebagai Pegawai Masjid, iaitu seorang Imam Kariah, dua orang Imam Rawatib, seorang Bilal dan seorang Pembantu Bilal/Siak.
Dilantik oleh JHEAINS:
Imam Kariah
Tuan Imam Mohd. Azri bin Norsini
Dilantik oleh JHEAINS dan dibayar elaun oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia:
Imam Rawatib
Tuan Imam Hj. Mohd. Jamal bin Abu Hassan
Tuan Imam Omar bin Ladis
Dilantik oleh JHEAINS dan dibayar upah oleh Jawatankuasa Kariah Masjid:
Bilal
Encik Amran bin Bureira
Siak
Encik Reneh bin Darakah