Laman web sedang dibina sesuai dengan kedudukan Jawatankuasa Kariah Masjid ini yang baru sahaja ditubuhkan pada 1 Jun 2024.
Seksyen 66(1), Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004 (Enakmen No. 5/2004) telah memperuntukkan Majlis Ugama Islam Sabah - yang diwakilkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) - kuasa untuk mengesahkan penubuhan Jawatankuasa Kariah sesebuah masjid dan mengesahkan pemilihan dan melantik mana-mana ahli kariah sesebuah masjid sebagai Ahli Jawatankuasa Kariah sesebuah masjid.
Selain daripada membantu kelancaran tugas Barisan Pegawai, Jawatankuasa Kariah berperanan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab pentadbiran dan pembangunan Masjid yang tidak diperuntukkan kepada Barisan Pegawai, menjamin ketertiban ahli-ahli kariah Masjid, dan menyalurkan sebarang bentuk permasalahan yang dilanda oleh Masjid ini kepada JHEAINS. Tugas dan tanggungjawab kolektif tersebut termaktub dalam Seksyen 66(2), Enakmen No. 5/2004.
Sesuai dengan Garis Panduan Pengurusan Masjid Negeri Sabah dan tradisi masyarakat, Pengerusi dipilih oleh para ahli kariah Masjid dengan pengesahan daripada Pegawai Tadbir Agama Daerah, manakala Penaung, Penasihat, Timbalan Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Kariah dilantik oleh Pengerusi juga dengan pengesahan daripada Pegawai Tadbir Agama Daerah. Setiap Jawatankuasa Kariah mengambil tempat di Masjid ini selama dua tahun mulai dari tarikh Pengerusi dipilih oleh majoriti ahli kariah yang menghadiri sesebuah Mesyuarat Agung Masjid.
Dilantik oleh Pengerusi Masjid secara kehormatan:
Penaung
Encik Jasni bin Jali
Penasihat
Tuan Hj. Salleh bin Majin
Profesor Dr. Abdullah bin Bade
Dipilih oleh ahli-ahli Kariah Masjid yang menghadiri Mesyuarat Agung 2024 dan disahkan pemilihannya oleh JHEAINS:
Pengerusi
Encik Nooraidi bin Hj. Ahmaddin
Dilantik oleh Pengerusi Masjid dan dengan pengesahan JHEAINS:
Timbalan Pengerusi
Imam Rawatib (Hj. Mohd. Jamal)
Setiausaha
Ustaz Awang Abdul Muizz bin Hj. Awang Marusin
Bendahari
Encik Abu Kasin bin Jidin
Penolong Setiausaha
Encik Aiman Zachary bin Effendy
Penolong Bendahari
Tuan Hj. Ibrahim bin Ahmad
KEBERSIHAN
Pengerusi Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa
Siak
Bilal
Tuan Hj. Muez bin Hj. Mukmin
Encik Roslee bin Deli
KESELAMATAN
Pengerusi Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa
Encik Hamit bin Handu
Encik Nazmin bin Kamarudin
TEKNIKAL
Pengerusi Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa
Encik Johari bin Ahmad
Encik Musa bin Ranreng
Encik Nazri bin Awang Puasa
Encik Nurbaktiar bin Amran
PENGURUSAN ASET
Pengerusi Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa
Akan dilantik
Akan dilantik
KEBAJIKAN
Pengerusi Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa
Puan Hjh. Nismah binti Kasi
Puan Alimah binti Kasi
Puan Hjh. Rohani binti Umry
Encik Dahil bin Masdik
RAKAN MASJID
Pengerusi Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa
Encik Mulyadi bin Manap
Encik Mohd. Ady Harfizie bin Rosly
Encik Mohd. Fazly bin Parman
Encik Mohd. Tajuddin bin Ahmaddin